Sunday, May 9, 2010

Love story.

Semalam, ketika aku pergi ke Admin nak photostat sekeping dua keping kertas. Aku mendengar berita yang membuatkan aku terkejut beruk dan mahu guling-guling di atas lantai.

Sungguh. Aku tak percaya.

Apasal erk, suami orang suka dengan aku?.

Masuk ni dah dua kali, suami orang suka kat aku. Itu tak masuk budak-budak bawah umur lagi.

Ok, sila jawab sila jawab.

Aku sendiri tak tahu keistimewaan diri sendiri.

Tak perlulah tahu, siapa dia tue. Tapi, dia memang orang tempat kerja aku. Patutlah aku tengok dia lain macam jer dengan aku.

Sayangnya, dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang aku suka. Haish. Malangnya hidup. Lelaki yang baik-baik, selalunya akan kawin awal. Itulah sunnatullah. ^_^

******

"Senang-senang kau kawen dengan aku jer lah". 

HAHAHA. Itu kenyataan daripada suami orang lagi. Dekat tempat kerja aku.

Tapi, aku anggap kenyataan dia tue main-main jer. W/pun, kadang-kadang nampak dia menggatal dengan aku. Selagi, aku pandai menjaga diri. Itu sudah kira ok.

Antara pesanan-pesanan yang aku sangat setuju dengan mamat ni:-

  • "kau tak payah bercinta. Kau kawen terus, lepas tue baru munculnya cinta. Kalau kau bercinta bagai nak rak, lepas kawen. Sibuk mengungkit-ungkit kisah cinta lalu. Itu tak kena, ini tak kena. Bertunang pun jangan lama-lama. Tak elok. Ada jer masalahnya nanti".

  •  "Orang bercinta memang 'buta'. Cintanya macam kasih seorang ibu dengan anak-anaknya. W/pun anaknya itu seorang pembunuh sekalipun, ibunya tetap menganggap anaknya baik. Macam tue jugalah orang yang sedang bercinta, bau kentut pun wangi".

  • "Cari lelaki yang dipercayai, boleh. Tapi, cari juga lelaki yang bertanggungjawab. Kalau kau cari yang boleh dipercayai tapi tak bertanggungjawab. Macam mana?".

  • " Kalau suami orang suka dekat perempuan lain. Maknanya perempuan tue ada keistimewaan yang isteri dia sendiri tak miliki."

  • Banyak lagi, tapi aku lupa. HAHAHA.

Untuk ajeed. Aku memang 'harimau". Aku memang susah nak senyum. Tapi, aku senyum dalam hati.

Jawahir ni maknanya permata. Aku memang nak jadi permata. Permata itu mahal. Bukan semua lelaki boleh dapat jawahir ini. HANYA lelaki yang bergelar SUAMI. 

Aku tak perlukan lelaki murahan di luar sana. Yang tiada perasan malu terhadap diri sendiri, terhadap maruah pasangannya, bangsanya, keluarganya, ibu bapanya, Agamanya dan Tuhannya.

Aku perlukan seorang suami yang bakal menyelamatkan kami sekeluarga daripada api NERAKA. 

Ada jodoh tak kemana. Aku yakin dengan janji Tuhan. =)

4 buah tangan:

fa-aja-aja said...

kakkk
baik ke lelaki yang suka perempuan selain dari isteri dia?

ajeed said...

Dah kawen nanti pandai-pandailah ko bagi "cakaran harimau" kat suami ko nanti hahaha...pasti suami xpandang pompuan lain...hehehe

ajeed said...

Yeke ko susah nak senyum? apasal bile aku borak ngan ko selalu je gelak? hehehe

Jawahir said...

ajeed: aku kadang2 buang tebiat.takle gelak selalu.bahaya.

ipa: itu pandangan drpd seorang lelaki. sebagai org perempuan, kadang2 kita sendiri ada kelemahan yg kita sendiri tak sedari. bukan masalah baik atau tidak lelaki itu. Ini bukan masalah jodoh, kadang2 ketentuan Tuhan. Ada orang lelaki, tak mahu benda2 mcm ni terjadi terhadap diri mereka sendiri hatta mereka lelaki baik sekalipun.