Thursday, May 6, 2010

Jawatan Kosong: Executive Admin @ Julie's

Serius.

Semasa meeting tadi. Big boss kilang aku, mahukan seorang Executive Admin dengan kadar yang segera. Lalu beliau menanya sama ku, "ada kawan tak yang mahu kerja di sini?". Lalu ku jawab, "saya aku cuba cari".

Dengan menggunakan, teknologi zaman sekarang. Ku utarakan niat murni ku itu di Facebook. Disambut dengan soalan-soalan bertali arus daripada teman-teman seperjuangan. Aspek yang dilihat oleh teman-teman adalah dari segi GAJI, tapi sayangnya Julies hanya melihat anda berdasarkan prestasi kerja yang bakal anda tonjolkan. Sekiranya, anda bagus. Makanya, baguslah GAJI anda kelak. Jika tidak bagus, sendiri mahu fahamlah. GAJI ditakuk lama atau bakal dibuang kerja.

Sekian, terima kasih. ^__^

0 buah tangan: