Thursday, April 29, 2010

Titik-titik pula.

  • Semalam berkesempatan untuk ber YM dengan member lama ku, Adawiyah. Member zaman seuniversiti. Masih lagi biol seperti dulu-dulu. Walaupun dah berumah tangga. Boleh pula, semasa dia hendak kawen, dia boleh terlupa nak hantar kad jemputan dekat aku, lepas tue boleh tanya aku, "kenapa ko tak datang majlis kawen aku, penat aku tunggu ko". Wei, Adawiyah!. Ko hengat ko saper, artis?. Nak jemput aku guna surat khabo. Nak kena tampo ke apa.

  • Semalam juga, aku menerima satu pesanan YM melalui handphone. Daripada Pak Ngah Ayob, orang kuat Bahulu Warisan. Haish, aku rindu benar dengan mereka-mereka di sana. Teringin sangat mahu ketemu dengan mereka. Cuma, masa tidak mengizinkan. =(

  • Semalam juga, 'berlangsungnya' lawatan audit di kilang aku. Bayangkanlah, semua pengurusan atasan berbangsa cina. Secara tidak langsung, bahasa yang digunakan untuk berbicara adalah bahasa ibunda mereka. Aku macam biasa, cuba jaya untuk meneka apa-apa yang diperkatakan oleh mereka semua. Malu rasanya, orang cina fasih berbahasa Malaysia, sedangkan orang Melayu sendiri tak tahu nak bercakap dan memahami bahasa bangsa lain di Malaysia sendiri. Orang Melayu memang sentiasa rugi. Aku berkira-kira mahu mencari kelas bahasa Mandarin, tapi sayangnya tidak ketemu lagi.

  • Semalam juga, Mr Leong pening kepala. Sebabnya, gara-gara cukai pendapatan kali pertama yang wajib dihadapinya. Aku cuba juga calling my friends yang bekerja dalam bidang cukai mukai ni, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cukai. Oppss, sorry banyak-banyak. Matapelajaran cukai bukan matapelajaran kegemaran aku, ketika di UPM dulu. Bidang cukai ni, lebih kurang macam bidang undang-undang. Banyak sangat seksyen-seksyen yang perlu dihafal, difahami dan dipraktikkan. Hmm...aku lebih suka bermain dengan nombor-nombor yang lebih mengkhusus kepada akaun. Audit?. Bakal 'melahirkan' manusia yang cukup cerewet dalam segala hal. Sebab audit, memerlukan ketelitian dan kesempurnaan yang kadang kala cukup menyampah untuk dilayan.

  • Yes, gaji sudah keluar hari ini. Walaupun dalam hati ada impian mahu membeli iphone dan kamera mahal-mahal. Tetapi, impian itu aku buang jauh-jauh. Mahu simpan duit ma. Hutang PTPTN pun, tersangkut lagi. Tetapi aku tidak tergolong dalam senarai hitam PTPTN. Aku bayar hutang on time ok. Tak macam mahasiswa lain, dah berhutang tak reti-reti nak bayar. Tak malu ke?.

  • Tengahari tadi juga, berlaku satu lagi kemalangan di tempat kerja. Hush...aku berlari ke tempat kejadian, sedangkan sebelum itu aku baru sahaja lepas makan-makan di kantin. Ambil gambar apa-apa yang patut. Sepertimana yang di ajar oleh Pengurus Keselamatan kilang Julies kepada aku. Penat wei, nak layan kes-kes macam ni. Sedangkan aku ada kerja lain di bahagian Packing. Itu kerja wajib aku sebenarnya. Tapi takpe, tanggungjawab beb!. Esok, mesti kena ikut Pengurus Keselamatan melawat mangsa kemalangan tue. Haish..malasnya aku.

  • Esok pagi, ada satu lagi latihan keselamatan yang perlu diuruskan oleh aku. Tapi, kali ni para tetamu terdiri daripada pihak pengurusan kilang aku sahaja. Kali ini, latihan mengenai kebakaran. Aku sebenarnya dah pergi pun latihan ni di kilang 1.Best dapat mengikuti latihan ni, sebabnya penyampaiannya  yang superb. Ada lawak-lawak sikit sebab tue tak boring.

  • Aku mula suka seseorang. Tapi bila aku penat sangat, perasaan suka tue lama-lama hilang sebab keletihan berjaya 'memadamkan' perasaan rindu itu. Haish.

  • Oklah itu saja, aku mahu review slide-slide untuk buat training GMP/HACCP untuk para pekerja aku esok pagi. Audit dah lah dapat dua CAR. Ya, kami di bahagian Packing dapat dua 'kereta'. Huhuhu. Aku dengan Incik Leong juga yang kena cari solusinya. Haiyaaa...


Mucha gracias...~__~

4 buah tangan:

fa-aja-aja said...

aaaaaawwwwwwwwwwwwww..

kak jah suka sapa! askar sabah tuh ke??? heheheheheh :P

Pok Li said...

Dok dang (tak sempat) nak cari kelas bahasa - pergi pagi balik malam. he he he

Jawahir said...

ipa: dlm byk point2...part tue gak yg dia nampak...budak kecik ni kan =)


pok li: mmg x sempat pun =)

fa-aja-aja said...

ngee~~~ mestiLa! haih bila nak reveal ni..jan main2 naaa :P