1. Esok, ada external auditor akan datang buat audit di kilang aku. Benda-benda macam ni, normal bagi aku. Memang bidang aku pun. Tapi, bos aku terangkan 'benda' external auditor tue beriya-iya dengan aku. Seolah-olah aku tak tahu apa-apa. Bosan gila dibuatnya.
Bezanya, aku buat audit untuk dokumen yang melibatkan nombor-nombor. Cuma, aku kurang jelas bagaimana nak buat audit untuk packaging material.
Jumaat minggu lepas, aku ke Sungai Buloh membuat audit ke kilang pembekal packaging material untuk Julie's iaitu Sonoco. Kalau tangan tue rajin, apa kata digooglekan sikit nama Sonoco tue. Melopong aku tengok Sonoco tue, dengan mesin canggih segala apa. Dia punya sistem keselamatan memang superb beb. Konon, kitaorang berlima datang nak cari kesilapan Sonoco. Tapi, sayang seribu kali sayang. Sonoco memang takde cacat cela, sikit-sikit tue adalah. Wakil-wakil pengurusan Sonoco pun baik-baik belaka. Makasih belanja kami makan pizza hut. Yummy!.
Dan, betapa seronoknya aku dapat bekerja sambil berjalan-jalan makan angin sampai ke Kuala Lumpur. Rindu siot dengan Kuala Lumpur. Aku dah lama tak pergi mana-mana semenjak kerja dengan Julie's ni.
2. Yes, jerawat mencanak-canak naik ke muka ku yang comel ini. Mana taknya, aku berpeluh 24 jam. Dapat pula melalui oven-oven panas pembakar biskut lemak. Ala-ala, duk neraka rasanya.
3. Badan aku makin hari makin kurus. Seluar pun makin lama makin meleret-leret atas tanah dibuatnya. Aku dah hilang idea macam mana nak naikkan berat badan balik. Nafsu untuk makan pun dah kurang. Setiap kali menjamah makanan, aku terasa tawar memanjang. Makanan pedas-pedas ni, lidah aku dah tak boleh nak kesan lagi. Tue pasal, selera makan aku makin hari makin hilang.
4. Disebabkan aku bekerja shift, kejap masuk pagi kejap masuk petang. Secara tidak langsung menyebabkan biological clock dalam badan aku ni dah tunggang langgang. Terasa macam kena jet lag, orang tidur aku berjaga. Aku tidur orang lain pula berjaga.
5. Kenikmatan cukup terasa dapat makan biskut lemak ranggup dan garing yang baru sahaja keluar daripada oven. Dia punya ranggup dan garing tue, sampai tercekik aku dibuatnya. Air please!.
6. Aku rindu mahu kerja dengan orang yang setaraf dari segi kelayakan dan pemikiran dengan aku. Penat tau nak layan perangai orang yang bercakap kurang guna kepala otak.
7. Pagi-pagi di kilang 1, aku suka tengok wajah-wajah ceria yang datang berkerja. Rata-rata aku lihat semuanya slim-slim, ala-ala badan aku. Tekanan, kerja dengan syarikat yang bersaing 24 jam ni. Tapi, kilang 4 iaitu kilang aku. Tekanan dia agak kurang sikit. Bagi aku boring sangat-sangat. Ditambah lagi dengan insan-insan busybody. Aku nak buat kerja pun payah. Aku cadang-cadang cukup setahun aku kerja di kilang 4, aku nak minta pindah ke kilang 1. Mahu kasi gegar ini kepala. Yeah!.
8. Tadi, 'konon-konon' mahu ceramah dengan Abang Wan pasal perbezaan bil telephone dan bil internet menggunakan email. Sekali aku kena hentam balik. Muhahaha. Ambik ko sebijik. Excuse me, i'm an ex-customer service representative of TMpoint Puchong (1st batch) only for 5 months. Oklah tue, ada pengalaman sikit-sikit daripada takde langsung.
9. Untuk pengguna facebook, tujuan sebenar aku mendaftar di facebook bukan untuk suka-suka tetapi untuk mengeratkan kembali silaturrahim antara kawan-kawan lama aku. W/pun orang tue aku kenal, tapi tak tergolong dalam member-member aku, tak perlu lah mengedix nak add aku ya. Terutama sekali, kaum Adam. Toksah lah wei, nak bermanja-manja dengan aku dalam facebook tue. Ko tak kenal aku, so tolong jangan nak memandai-mandai. Meluat ko tau!!!.
10. Ehem...err...err...err. Nak tulis ke tak ni erk. HAHAHA. Malulah mak dibuatnya. Oklah-oklah aku cerita sikit. HAHAHA. Tak jadi =p.
11. Aku risau ni. Teramat risau, ciri-ciri gila bekerja cukup terserlah di jiwa ku ini. Orang perempuan gila bekerja...HAHAHA. Ada harapan aku tak kawen dibuatnya. Siapa-siapa nak jadi peneman hidup ku, pastikan dirimu cukup memahami diri ku ini ya. Kalau tak faham bahasa, dipersilakan mencari orang lain. Makaseyyy.
12. 30 Mei 2010, ada jemputan kawen daripada kawan lama yang memang dah lama aku tak jumpa. Dia jempat guna fb. Haish, cukup tak sabar nak jumpa member-member lama balik. Masing-masing aku tengok dah berubah. Yang tak pandai speaking, aku tengok dah pandai speaking. Yang dulu-dulu tak handsome, sekarang dah handsome. Yang makin comel. Yang makin tak comel. Yang dulu kurus melidi, sekarang dah bam-bam. HAHAHA. Aku jer, yang badan maintan. Haish bangga dibuatnya. =p
13. Minggu depan, aku akan masuk kerja ikut waktu pejabat pula. Sudah bermula era, mengambil alih kerja partner executive ku, Mr Leong a.k.a babyleong. Orang julies yang gelarkan Leong dengan nama manja babyleong. Tak kuasa sungguh aku dibuatnya. Dah tua-tua nak mampus. C'mon dude.
14. Mahu lihat uniform ku, warna putih. Warna tak feveret. Cepat sangat kotor. Aku cukupkan 6 hari untuk membasuhnya kembali. HAHAH. Aku memang pemalas campur penat gila.
Pendidikan Yang Mandul Untuk Sebuah Perubahan
-
Teringat saya kepada petikan kata Muhammad Abduh pada kurun ke-19 berkenaan
pendidikan di Mesir: “They neither can make their mark in government
service, n...
4 hours ago


0 buah tangan:
Post a Comment