Abaikan sahaja entri di bawah ini. Ku tujukan khas entri tersebut, kepada insan yang sibuk sangat menyuruh insan-insan lain berubah sedangkan beliau sendiri tiada perubahan (mungkin perubahan dari segi penampilan sahaja).
Berubahlah. Buang sifat berlagak , suka cari pasal dan cuba belajar menerima ideologi yang cuba disampaikan oleh orang lain.
Berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Selepas itu, barulah sibuk suruh orang lain juga berubah. Kalau diri sendiri masih tidak betul, seolah-olah macam ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan.
Orang lain pun dapat hidayah juga. Masih lagi merendah diri. Masih lagi bertatih untuk memiliki ilmu Allah yang luasnya tidak dapat dikira oleh aqal. Hanya kerana baru mengenal Aliff, ba, ta, tak usahlah mendabik dada. Seolah-olah aku sudah mengetahui segala-galanya.
Sayangilah hidayah yang diberi oleh Allah itu. Bukan apa, takut-takut ia datang hanya untuk sebentar sahaja. Mungkin sekadar ujian daripada yang Esa. Ujian, samada hamba itu semakin dekat dengan Tuhannya atau semakin jauh daripada penciptanya.
p/s: Aku tulis entri ni, sebabnya aku kesian tengok kau. Kalau nak sangat berdakwah, biarlah dengan cara yang betul. Kita ni orang perempuan, boleh mengundang fitnah. Elok-elok dapat pahala tapi dapat dosa. Aku tengok aksi-aksi kau dalam fb tue termasuk kawan-kawan aku yang lain pun, aku malu.
Sekian.
Pendidikan Yang Mandul Untuk Sebuah Perubahan
-
Teringat saya kepada petikan kata Muhammad Abduh pada kurun ke-19 berkenaan
pendidikan di Mesir: “They neither can make their mark in government
service, n...
5 hours ago
0 buah tangan:
Post a Comment