Monday, April 5, 2010

Jangan mudah meletup, boleh tak?.

 1. FACEBOOK

Tolong baca blog orang lain dengan prasangka baik. Jangan mudah menghukum. Tak kisah lah, blog tersebut menceritakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan Islam sekalipun. Tahniah lah kepada anda, kerana blog anda mungkin berjaya dari segi mendakwah orang lain. Mungkin. Kadang kala kita tidak perasan, dalam diam-diam, mungkin ada orang yang menyampah dengan cara kita berdakwah. Terfikirkah anda, kenapa ada orang tega-tega mengata-ngata anda dalam facebook tersebut?. Mereka di dalam facebook, berkemungkinan besar tidak berani untuk menghina agama sendiri, tetapi melihat cara anda menyampaikan 'dakwah' tersebut disertakan sekali gambar profile pelbagai aksi terkini daripada anda. Anda seorang wanita, beribu-ribu mata melihat aksi manja anda itu. Anda mengatakan anda sudah menutup aurat, boleh kah anda menutup nafsu beribu-ribu mata lelaki yang melihat anda di dalam facebook?.

Alhamdulillah, diri ini tidak cantik disertakan dengan beberapa jerawat comel dimuka. Dan, secara tidak langsung ianya menjauh zina cinta daripada melekat pada diri ini. Alhamdulillah, aku tidak perlu putus cinta untuk keseratus kalinya dan berpindah daripada pangkuan pelbagai lelaki semata-mata untuk menagih cinta murahan. Alhamdulillah, muka tidak cantik yang dikurniakan oleh Allah ini, tidak sekali-sekali di salah gunakan oleh ku untuk menjerat mana-mana lelaki. Terima kasih Allah, atas kurniaan MU.

2. SPM

Aku memperlekehkan insan-insan yang sekadar mendapatkan pendidikan di tahap SPM. Adakah aku mengatakan begitu?. Kenapa, anda terasa kah?. Aku memang mencari jodoh yang sekufu. Yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan abang-abang dan adik lelaki ku. Sebab apa?. Agar bakal pasanganku tidak rasa rendah diri apabila berganding dengan ku nanti. Jika bakal pasangan ku rasa rendah diri bagaimana mungkin dia mahu menjadi pemimpin kepada ku. Pemimpin kepada anak-anak. Bagaimana dia mahu menjadi perancang kepada masa depan kami. Sekiranya dia tiada ilmu?. Mahu mengharapkan kepada ku?. Aku sekadar pembantu. Pelengkap kepada kekurangan bakal pasanganku.

Tidak semua lulusan universiti itu cerdik pandai. Ada yang masuk universiti semata-mata mahu menjadi bohsia. Apakah?.

Sekurang-kurangnya aku masuk universiti dan memiliki segulung ijazah di dalam bidang perakaunan. Itu satu pencapaian untuk diri ini. Menjadi kebanggaan kepada ibu bapa. Dan bakal mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada bakal anak-anak ku nanti.

Tidak perlu cemburu kepada ku. Masing-masing Allah anugerahkan dengan pelbagai keistimewaan. Aku dengan caraku.....anda dengan cara anda.

Aku sudah dewasa, penat rasanya mahu bergaduh dengan kanak-kanak ribena.

Maaf, anda bukan sahabat ku. =)

0 buah tangan: