Thursday, April 22, 2010

'Aku nak telinga kau'

MASJID TANAH: “Selepas memukul saya berkali-kali, seorang daripada mereka meletakkan satu benda sejuk berkilat di atas telinga kanan saya dan berkata ‘kau boleh balik, tapi aku nak telinga kau dulu’,” kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China, dekat sini, Mohd Firdaus Mizardi, 17.

Menceritakan kejadian menakutkan itu, anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia terpaksa mengaku menjalin ‘hubungan intim’ dengan teman wanitanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan lebih 20 lelaki.

Dalam kejadian di Kampung Pulau di sini pada kira-kira jam 7 malam Ahad lalu, Mohd Firdaus berkata, dia baru menghantar teman wanitanya menggunakan motosikal dan ketika tiba di jalan berhadapan surau, dia ditahan dua lelaki tidak dikenalinya sambil menendang motosikal dan memukulnya bertalu-talu.


“Tidak semena-mena kedua-dua lelaki terbabit memukul saya dengan tangan dan pada masa sama saya lihat lebih 20 lelaki datang dari dua arah berbeza menyerbu dan memukul serta menendang saya berkali-kali tanpa belas kasihan walaupun saya merayu tidak diapa-apakan.


“Saya diperlakukan seolah-olah melakukan kesalahan besar sedangkan saya hanya menghantar teman wanita kemudian keluar balik. Jika seorang dua tidak mengapa ini lebih 20 orang, mana saya boleh tahan.


“Ketika saya dipukul dan perut saya dipijak beramai-ramai yang saya ingat ketika itu hanya ‘mati’ disebabkan tiada ruang untuk melepaskan diri sehingga bapa teman wanita saya yang lalu di situ berhenti dan melihat apa yang berlaku.


“Walaupun dia berkali-kali cuba meleraikan, mereka tetap memukul hingga saya pengsan selain memecahkan telefon bimbit saya jenis Sony Ericson dan merampas rantai leher berloket serta duit RM10,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, dekat sini.


Akibat dibelasah kumpulan lelaki terbabit, Mohd Firdaus cedera di muka, bengkak pada leher selain cedera dalam perut sebelum dihantar menjalani rawatan di Hospital Melaka oleh keluarganya yang turut membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah.


Bapanya, Mizardi Zakaria, 54, amat terkejut dan sedih kejadian anaknya dipukul dan dipijak beramai-ramai lebih 20 lelaki dan menganggap tindakan itu tidak berhati perut kerana menghukum anaknya tanpa budi bicara.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Susulan laporan itu, katanya, polis melancarkan gerakan mengesan semua suspek dan setakat ini lapan daripada mereka ditahan bagi membantu siasatan.


“Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan tanpa menggunakan senjata,” katanya.


“Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat perkara ini dengan segera kerana tindakan mereka memukul anak saya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Bukan anak saya pergi mencuri di kampung itu dan kena tangkap.


__Di ambil daripada Metro Online. bahagian Setempat (Hari ini)

Ya, kampung aku masuk suratkhabar, paling bestnya mamat yang emo sangat mengatakan "aku nak telinga kau" tak lain dan tak bukan adalah jiran aku sendiri. Dia emo sebab dia pernah suka dengan minah yang kena usung tue. Wakaka.

Dengan budak sekolah pun nak bawa gaduh. Tak faham aku dibuatnya. Sedangkan yang menyerang semua dah 'tua-tua' bangka. Patutnya guna kepala otak sebelum membuat keputusan nak pelangkung anak orang tapi sayang guna kepala lutut pula.

Dan, untuk wartawan Harian Metro bernama, Ariffin Salleh. Ada kelayakan ke tak buat laporan ni?. Lain kali tanya kedua-dua belah pihak sebelum mengeluarkan cerita yang merepek-repek. Jangan setakat pandai lariskan akhbar tetapi berita dan info tak tepat langsung.

Untuk, Mohd Firdaus Mirzadi, 17 tahun. Lain kali duduk rumah elok-elok. Cari duit pun tak pandai lagi, dah nak usung anak dara orang ke hulu ke hilir. Sebab, budak-budak kampung aku meluat lah, kau kena belasah. Ada akal fikir, jangan pandai tagih simpati dalam suratkhabar murahan.

Sesiapa yang nak kena belasah lagi, sila datang dan angkut mana-mana anak dara kampung pulau. Kalau mak bapa tak pandai nak jaga anak dara sendiri, biar orang kampung yang tolong 'jagakan.

C'mon, kampung ini sudah terlalu banyak dengan dosa-dosa zina. Cinta punya pasal.

Nauzubillahiminzalik.

0 buah tangan: